Terms & Conditions

Terma & Syarat Pembelian



Kawasan Penghantaran :

Buat masa ini, penghantaran adalah hanya untuk pelanggan dari kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak sahaja.


ID Tempahan :

Sila gunakan ID tempahan (Order Number) yg betul ; sama seperti dalam email pengesahan tempahan yang anda terima dari sistem kami setelah membuat pembelian.


Komunikasi :

Sila gunakan nombor telefon yg sama seperti ketika mengisi borang tempahan jika anda ingin menghubungi kami melalui WhatsApp untuk sebarang pertanyaan bagi mengelakkan kekeliruan


Pembayaran :

Sila transfer amaun yg mencukupi / lebih dari harga sebenar produk (baki akan dipulangkan jika ada). Pelanggan yang membuat tempahan namun tidak membuat bayaran selepas 2 hari secara 3 kali berturut2 akan di blacklisted.


No Reserved :

Keutamaan akan diberikan kepada pelanggan yang menjelaskan pembayaran terlebih dahulu, tiada istilah bayar deposit dahulu / simpan tepi (reserved).


Nota Penting :

Jika anda membuat bayaran secara Online Interbank ( pindah dana dari 1 bank ke bank yg lain) cth seperti Maybank ke CIMB, CIMB ke RHB dan sebagainya, sila pastikan guna kaedah Instant Transfer jika mahu pengesahan bayaran & penghantaran barangan dalam kadar yang segera. Barangan anda tidak akan saya pos selagi bayaran anda belum dijelaskan (Normal Transfer amik masa 1-3 hari bekerja untuk clear sepenuhnya).



Jadual Penghantaran :

Hari Pengeposan :

Ahad  - Khamis menggunakan khidmat Pos Laju.


Hari Cuti :

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum



Proses Penghantaran Produk :

Pihak Kami (ohs3ms.com dan HQ) tidak akan bertanggung di atas sebarang kerosakan ATAU kerugian mahupun kelewatan yang terjadi semasa proses pengeposan barangan dari pihak kami kepada pihak pengguna. Semua barangan telah dipastikan berada didalam keadaan ATAU kualiti yang terbaik sebelum di pos DAN segala proses penghantaran sentiasa diusahakan dalam kadar yang segera mengikut Jadual Penghantaran* oleh pihak kami.


Namun JIKA barangan yang dipesan tidak sampai ATAU melebihi tempoh masa standard penghantaran (sila rujuk jadual penghantaran*) sila hubungi pihak kami dalam kadar yang segera untuk tujuan pengesanan kedudukan parcel ATAU pihak pengguna sendiri boleh membuat semakan No Tracking Parcel secara online melalui sistem laman web pihak kurier* yang berkaitan.


Sebarang perubahan / kelewatan penghantaran (akibat kecuaian pengguna ATAU pembeli ketika mengisi maklumat diri ATAU alamat penghantaran di borang tempahan) adalah diluar tanggungjawab pihak Kami (ohs3ms.com dan HQ) oleh kerana semua pemindahan maklumat yang berkenaan adalah dilakukan secara copy paste & print out dari borang asal yang diisi oleh pembeli semasa pembelian.


Sebarang pindaan maklumat diri / penghantaran (jika baru selesai membuat pembelian) sila maklumkan dalam kadar yang segera ke bahagian Hubungi Kami* . Namun jika untuk tujuan penghantaran pembelian yang akan datang, sila pinda dibahagian My Account*