Disclaimer

Penafian



HAKMILIK CIPTA :

Segala maklumat yang terdapat di laman web jualan ohs3ms.com adalah diperolehi dari sumber terbuka (Google Image) DAN dari pihak pembekal / pengeluar produk. Jika ada diantaranya adalah hakmilik cipta pihak anda atau yang berkenaan, Saya ingin memohon maaf terlebih dahulu jika telah mengakibatkan sebarang kesulitan DAN anda boleh menghubungi saya (admin ohs3ms.com) di bahagian Hubungi Saya* untuk saya padamkan content tersebut dari web jualan ini. 



MAKLUMAT PRODUK :

Segala maklumat sesuatu produk seperti : 


❖ Gambar produk,

❖ Fungsi produk,

❖ Cara & kesan penggunaan produk,

❖ Nombor pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia produk, 

❖ Testimoni pengguna produk


Yang terdapat pada web jualan ohs3ms.com (pada saat penafian ini ditulis) adalah diperolehi dari pihak pembekal / pengeluar / pengguna produk DAN sumber terbuka seperti Google ; yang telah dipastikan ketepatannya. Ia adalah sekadar maklumat ATAU medium pendidikan kepada pihak pengguna ATAU pembeli bagi mengenalpasti ATAU mencari produk yang sesuai bagi mengatasi permasalahan kesihatan, kecantikan ATAU penampilan diri mereka.


Ia sesekali tidak boleh diguna pakai sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor atau pakar pemakanan mahupun dianggap sebagai preskripsi. Sesiapa yang mendapati bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau permasalahan kesihatan, sila berjumpa dengan doktor yang berkaitan untuk didiagnosis dan rawatan susulan.


Sebarang testimoni yang dikongsikan oleh pihak pengguna tidak pernah sesekali disarankan mahupun disahkan oleh pihak pembuatan produk berkenaan DAN hasil penggunaan adalah berbeza mengikut individu berdasarkan taraf kesihatan, pola pemakanan dan gaya hidup seseorang pengguna.


Pihak Kami (ohs3ms.com dan HQ) bukanlah pengeluar ATAU pengilang bagi barangan yang dijual melalui laman web ini. Semua jenama, rekabentuk, paten barangan atau formula kandungan bagi setiap barangan ATAU produk adalah hakmilik pengilang ATAU pengeluar barangan yang seperti yang tertera pada pembungkus produk. Sebarang kesan sampingan akibat penggunaan produk, pertukaran ATAU penarikan balik nombor pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia, pembaharuan rupa pembungkusan produk, percanggahan maklumat media promosi produk adalah diluar kawalan dan tanggungjawab pihak kami.


Sebarang maklumat ATAU media yang terkandung dilaman web ohs3ms.com ini adalah sekadar perkongsian maklumat atau medium pendidikan kepada pihak pengguna / pembeli bagi mengatasi ketidakcukupan zat mineral ATAU vitamin yang telah ATAU boleh mengakibatkan permasalahan kesihatan, kecantikan ATAU penampilan diri mereka.



Penghantaran Produk :

Pihak Kami (ohs3ms.com dan HQ) tidak akan bertanggung di atas sebarang kerosakan ATAU kerugian mahupun kelewatan yang terjadi semasa proses pengeposan barangan dari pihak kami kepada pihak pengguna. Semua barangan telah dipastikan berada didalam keadaan ATAU kualiti yang terbaik sebelum di pos DAN segala proses penghantaran sentiasa diusahakan dalam kadar yang segera mengikut Jadual Penghantaran* oleh pihak kami.


Namun JIKA barangan yang dipesan tidak sampai ATAU melebihi tempoh masa standard penghantaran (sila rujuk jadual penghantaran*) sila hubungi pihak kami dalam kadar yang segera untuk tujuan pengesanan kedudukan parcel ATAU pihak pengguna sendiri boleh membuat semakan No Tracking Parcel secara online melalui sistem laman web pihak kurier* yang berkaitan.


Sebarang perubahan / kelewatan penghantaran (akibat kecuaian pengguna ATAU pembeli ketika mengisi maklumat diri ATAU alamat penghantaran di borang tempahan) adalah diluar tanggungjawab pihak Kami (ohs3ms.com dan HQ) oleh kerana semua pemindahan maklumat yang berkenaan adalah dilakukan secara copy paste & print out dari borang asal yang diisi oleh pembeli semasa pembelian.


Sebarang pindaan maklumat diri / penghantaran (jika baru selesai membuat pembelian) sila maklumkan dalam kadar yang segera ke bahagian Hubungi Kami* . Namun jika untuk tujuan penghantaran pembelian yang akan datang, sila pinda dibahagian My Account*



Pemilikan Laman Web :

Laman web ohs3ms.com adalah 100% laman web jualan online yang beroperasi dari rumah di Hulu-Langat, Selangor. Pihak Kami tidak menyediakan kedai fizikal untuk sebarang lawatan pembelian (walk-in) mahupun temujanji. Pihak kami juga tidak menyediakan sebarang perkhidmatan Bayar Waktu Terima (Cash On Delivery) melainkan dinyatakan secara bertulis melalui halaman info sesuatu produk. Perniagaan ini telah didaftarkan secara sah di atas nama Almahyra Multibusiness (002529656-H) di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 5 April 2016.


Pihak saya (ohs3ms.com dan HQ) tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian / penipuan yang dialami oleh pengunjung jika telah membuat pembelian dari sebarang link promosi (iklan) dari laman web jualan lain yang dipaparkan melalui website ini (jika ada). Pengunjung dinasihati untuk membaca terma dan syarat atau kaedah penghantaran & pembayaran terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian secara online bagi mengelakkan penipuan.




Dari meja admin ohs3ms.com,

1:59am 25-Dis-16